Monday, March 3, 2008

PRU 12 Campaign

From a friend:

Assalamu'alaikum! Guten Tag! Good morning!

Kepada para muslimin, adalah tanggung jawab kita untuk memastikan Islam dapat terlaksana. Setelah lebih 50 tahun dikatakan merdeka, tidak nampak akan terlaksananya Islam malah disekat dan dihalang, hinggakan untuk melaksanakan hudud pun tidak dibenarkan malah disaman pulak. Bagaimana hukum Allah yang hendak dilaksanakan disaman dimakhkamah?

Didalam setiap hati orang Islam mesti ada kehendak agar Islam itu dapat dilaksanakan. Maka dengan sedikit kuasa yang kita ada, iaitu dengan memilih pada para pemimpin yang hendak ke jalan melaksanakan Islam. Maka menjadi wajib bagi setiap individu yang layak untuk memilih dengan sebaik baiknya agar bila kita disoal diakhirat kelak, sekurang kurangnya kita telah cuba dengan sedikit kuasa yang kita ada. Soal kalah atau menang, itu urusan Allah.

Yang penting kita telah berusaha kejalanNya.Bagi bab mengumpat, bolih lah dirujuk dalam kitab Riadh! us Solihin dalam bab mengumpat dan perkara perkara yang dibolihkan. Telah menjadi amalan puak puak hadhari yang tidak menghebahkan dengan jelas sesuatu perkara untuk kepentingan mereka. Sememangnya benar mengumpat itu adalah suatu dosa besar tetapi didalam beberapa perkara ia dibolihkan. Bagi kita yang kurang ariff, maka banyaklah membaca kitab kitab karangan para ulama dan banyak hadhirkan diri ke kuliah kuliah dan bertanya pada para ustaz ustaz. Sekiranya mudah bagi kita menerima pakai hukum ciptaan manusia,mengapa sebagai orang Islam susah sangat nak menerima hukum Allah. Islam itu diatas segala segalanya.

Seperti tersebut dalam Albaqarah : Alif Lam Mim. Zaa likal kitabula rai bafiih, hudallill muttaqin. Terjemahannya lebih kurang begini - Alif Lam Mim, Itu kitab dari Allah tiada keraguan baginya bagi orang orang yang taqwa. Maka walau sedikit pun didalam hati ini ada berasa syak terhadap kitabullah itu, maka rosaklah iman kita. Jadi fikir fikirkan lan wahai sahabat. Itu lah pesanan yang dapat dipanjang-panjangkan untuk kita kongsi. Sama ada mau menerimanya atau tidak bukanlah urusan saya. Cuma menyampaikan sekadar yang termampu.

Wasssalam.

No comments: