Got this in the world wide web and in all honesty I did participated in forwarding  the said E mail or SMS, now it made you think twice to do it again.
Assalamualaikum wbt
Pernah tak dapat sms atau email sebegini ?
Yaasin, Walqura-nilhakim. Innakala minalmursalin. A'lasiratil mustaqim.
Tanzilal azizirrahim. Litunziraqaumamma unzila aba uhum fahum ghafilun.
Kirim surah Yaasin ini kpd 7 insan berugama islam. Insya Allah esok saudara
akan menerima khabar yang baik, gembira dan rezeki anda sentiasa berada di
tangan anda.
JGN DELETE, ini betul2 jadi kenyataan."
     Saya secara peribadi dah terima sms ayat yang seperti di atas. Dan
     ini kali kedua through email plak.
     Ape yang saya nak beri tahu di sini ialah, sudah lah tu umat ISLAM
     dibolak-balikkan . Mari kita ambik sedikit pengajaran dari kes-kes
     ini.
     Pesan dari saya (yang ilmu tak seberapa ini). Hentikan lah apa2 saja
     surat bercorak surat berantai ini. Kerana ini adalah perkara2 yg
     boleh melemahkan umat Islam dari dalam..
     Lalu aku terus reply kpd si pemberi tadi agar berhenti berbuat
     demikian. Malah tolong pulangkan balik pesanan kepada mereka yang
     telah mengedarkannya!
     1) Once, kita forward email @ SMS sebegini, kita dah percaya
     (beriktikad) bahawa dengat kudrat saya menghantar SMS ini, saya akan
     dapat khabar baik &rezeki. Bukan Qudrat & Iradat ALLAH.
     2) Tanpa menyemak, kes ini terdapat kesalahan ejaan pada ayat dari
     surah yaasin ini. Sila semak Litunziraqaumamma unzila aba uhum fahum
     ghafilun. Org yg tiap2 malam baca surah yaasin pun boleh terkesima
     dengan kesalahan ejaan ini.
     3) Kesalahan ejaan unzila yang sepatutnya unzira ini, berlaku dlm
     kedua2 email & sms yang saya terima. maka saya pasti ianya disengaja
     kan . Tapi atas dasar apa? Kalau kita perhatikan
     unzila aba uhum ini bermaksud = di TURUNkan BAPA Kamu. Bapa = father.
     Saya khuatir ia mahu menyelindungkan ayat
     ISA yang diturunkan??? sedangkan maksud YAASIN yang suci tadi adalah
     terlalu amat jauh dari ini!!! Cilaka kamu yang menghantar ini! AWAS!
     buat semua muslim!.
     Pesanan ringkas saya,
     Apa saja yang bersifat surat berantai, tolong tolak.
     Apa saja yang melibatkan perkara2 shortcut, tolong tolak. kalau saya
     send sms dapat pahala, kalau sata reply dapat rezeki. Ini perkara
     serious, kerana ia membabitkan AQIDAH!
     Apa saja yang melibat kan ayat2 Al-Quran.
     Tolong semak!
     Kalau ada org dtg rumah kerumah, jual ayat quran pun tolong tolak.
     Jam ada ayat QURAN ke....
     Orang buta minta sedekah - sedekah boleh bagi - tapi kalau dia bagi
     sticker ayat QURAN, tolong bagi dia balik.
     Kerana kita khuatir, di sini bermulanya benda2 yang tak betul. Kerana
     saya pernah dapat ayat seribu DINAR yang salah eja ini selepas bagi
     derma kat sorang pakcik tu!!
     Kat sekeliling kita dah banyak org cuba pesong kan AQIDAH kita secara
     halus, pesong ayat Quran! Walaupun mereka takkan mampu menghapuskan
     KALAM ALLAH ini. Tapi kita sebagai umat ISLAM mestilah Peka!!
     Ayat2 Al-Quran bukanlah selayaknya di perjual beli. TAK semurah itu
     BEB!! Kalau ANDA nak bagi apa saja yang ada kaitan ngan ayat Quran,
     sepatutnya FREE! Jam Quran ke, ape ke, bagi free le! Unless kita
     betul2 sure yang kualitinya baik, ayat nya disemak maka OK! MENJAJA
     AYAT2 QURAN dgn cara sebegini adalah, menempatkan ianya bukan pada
     tempat. Ia bukan balasan utk kita menderma RM1.
     So, tolong le sampai2 kan pesanan saya ini, semoga ALLAH yang lebih
     layak nak balas kat kita, rezeki ke, berita gembira ke?. So ape lagi
     send le kat 7 org ke, 70 ribu orang pun takpe..
     Yang baik dari Allah. Segala kekurangan adalah kelemahan saya
     juga.......WASSALAM.
Friday, April 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 
 

 
No comments:
Post a Comment